Sunday 8 April 2012
KB
hari ini aq kluar ngh izzah jam dan kak leha.... kitaorg gi bjln di kb...... setelah lama ngeri cik siti wan kembang ini tidak hujan ari nie dilimpahkan hujan rahmat setelah sekian lama mengalami musim panas berpanjangan...... first destinasi ialah farmasi kerana aq nk beli ubat tuk ulcer yg aq alami kerana mungkin kurang minum air..... seterusnya kmi mkn bersama di kfc.... ari nie kak belanja kitorang.......
Thursday 5 April 2012
MENELADANI RASULLAH S.A.W
Sahabatku…
Kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia,
Nabi Muhammad saw.
Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita.
Berteladan kepada Nabi saw. Dia sejatinya uswah, pasti tidak
akan membuat kita kecewa !
1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi saw menambalnya
sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan
karena masih dimasak, sambil tersenyum beliau menyingsingkan lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Aisyah menceritakan bahwa kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.
4.) Pernah beliau pulang menjelang pagi hari. Tentulah
beliau teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia
untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada karena ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?’ Aisyah menjawab dengan
agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas
berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa
kesal di raut wajah beliau.
5.) Sebaliknya Nabi saw sangat marah tatkala melihat seorang
suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul
isterimu?’ Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.”
Jelas lelaki itu.
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi saw.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu
dari anak-anakmu?”
6.) Kemudian Nabi saw bersabda,”Sebaik-baik suami adalah
yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar
dan tawadlu’nya beliau dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak
sedikitpun merubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7.) Pada suatu ketika Nabi saw menjadi imam shalat. Dilihat
oleh para sahabat, pergerakan Nabi antara satu rukun ke rukun yang lain agak
melambat dan terlihat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi gemeretak seakan
sendi-sendi di tubuh Nabi mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu
Umar ra tidak tahan melihat keadaan Nabi yang seperti itu langsung bertanya
setelah shalat.
‘Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung
penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”
“Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali engkau menggerakkan
tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin
engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat
terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain
yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil
itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.
“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan
tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’
Lalu Nabi saw menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku
jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban
kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar
umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak.”
8.) Nabi saw pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di
sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9.) Beliaupun hanya diam dan bersabar ketika kain sorbannya
ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badawi hingga berbekas merah di
lehernya. Begitupun dengan penuh rasa kehambaan beliau membersihkan tempat yang
dikencingi seorang arab Badawi di dalam masjid sebelum beliau tegur dengan
lembut perbuatan itu.
10.) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa
penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali
rasa ingin diistimewakan (dipertuan).
11.) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan
keramaian (publik) maupun saat seorang diri.
12.) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi, namun
beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga
pernah beliau terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.
13.) Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya
yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah
dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda
dengan lembut, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?
Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab:21)
Katakanlah (Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai
Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni
dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran :31)
S
final exam
final exam semakin hampir... terasa waktu bjalan pantas dari ke hari tinggal lagi 8 hari sja ..... apakah persiapan yg dah aq wat tuk final nie????
Sunday 1 April 2012
assalamualaikum.....
setelah sekian akhirnya tercipta blogku nie dibantu oleh rakanku hasibah ataupun dikenali sebagai iebah..... sebenarnya sudah lama aq ingin mencipta blog tetapi disebabkan kekangan waktu aq ketepikan dulu... tapi hari nie aq berjaya mencipta blog ini................. yahoo....:)
setelah sekian akhirnya tercipta blogku nie dibantu oleh rakanku hasibah ataupun dikenali sebagai iebah..... sebenarnya sudah lama aq ingin mencipta blog tetapi disebabkan kekangan waktu aq ketepikan dulu... tapi hari nie aq berjaya mencipta blog ini................. yahoo....:)
Subscribe to:
Posts (Atom)